10 Perkara penting untuk membuat anda sibuk menguasai pasaran Forex

oleh Soh Tiong Hum

Artikel ini memberi anda saranan praktikal untuk membantu meningkatkan kemahiran perdagangan Forex anda.

Forex perdagangan matawang asing merupakan aktiviti yang menarik dan mengutungkan bagi pelabur ataupun spekulator.
• Pasaran forex bergerak pantas, tahap kecairan pasaran yang tinggi
• Penggunaan leverage
• Memberi kesempatan untuk berdagangan berita global.

Perdagangan matawang asing beterusan sepanjang 24 jam sehari. Ini memeberi kesempatan untuk individu dengan pelbagai cara kehidupan untuk mengesahkan waktu yang sesuai untuk berlabur. Ini bererti, perdagangan Forex sesuai untuk perlabur sepunuh masa atau aktiviti tambahan sementara menguruskan profesi sepenuh masa anda.

Sebagai pasaran terbesar, peniaga bersaing tidak hanya dengan perniagaan terbesar dan entiti kewangan malah dengan peniaga lain yang bijak. Digabungkan dengan penggunaan leverage yang tinggi (50 kali ganda di Singapura dan sebanyak 800 kali kanda ditawarkan oleh broker broker di luar negara), perdagangan FX boleh menjadi perniagaan yang berisiko tinggi. Oleh kerana itu, setiap kesilapan, walaupun di masa yang terdekat, pelabur yang kurang pengalaman, atau pun mereka yang baru berjinak-jinak dengan perdagangan Forex, boleh melibat kerugian yang besar dan juga boleh melingkupkan perniagaan.

Di artikel ini, saya ingin mengemukakan 10 perkara penting untuk pelabur-pelabur baru. Anggaplah ini sebagai panduan hidup semasa anda menavigasi ke kawasan yang asing. Anda harus tetap berada dalam permainan sementara anda memperkukuhkan pengetahuan dan kepakaran anda. Panduan ini akan membantu para pelabur FX yang kurang berpengalaman menghapuskan kesilapan-kesilapan yang akan timbul kerana kekurangnya pengalaman serta perilaku sendiri.

1. Menyiasat apa yang boleh, dengan membaca

Terdapat banyak sastra-sastra yang baik di media cetak maupun internet. Walaupun terdapat banyak judul yang membawa banyak maklumat yang seakan, saya selalu mempertimbangkan kegunaan sesuatu perenggan atau frasa yang tidak dipertengahkan di sastra-sastra yang lain.

2. Dapatkan nasihat pelabur pakar atau wakil dagangan daripada firma pembrokeran.

Perbincangan bersama orang yang sebegini memberi struktur yang kukuh dalam maklumat yang telah dikumpul melelalui membaca. Soalan-soalan yang dikemukakan mejadi komunikasi dua hala. Profesional yang berpengalaman juga boleh bertemu ramah untuk memahami keperluan anda dan menunjukan langkah-langkah yang sesuai berdasarkan pengalaman mereka.

3. Pelajarilah analisis teknikal

Tiada pelabur FX melabur tanpa mengetahui analisa teknikal kerana ia sebernarnye permainan dalam pengurusan kawasan sokongan dan tentangan sekaligus mengetahui tren keselurahan. Walaupun pembaca-pembaca mungkin tidak selesa dengan frasa itu tapi biarlah saya membuat beberapa perbandingan.

Lawati lelaman-lelaman popular yang berkaitan FX seperti DailyFX (http://www.dailyfx.com) dan CNBC (http://www.cnbc.com) dan anda akan menyedari bahawa sentiasa ada carta harga yang menyebutkan tentang kawasan sokongan dan tentangan pasangan mata wang. Anda memerlukan pengetahuan analisis teknikal untuk menganalisa mereka dan itu juga bererti jika anda mengabaikan analisis teknikal, anda teleh meninggal kan sesetengah dari maklumat yang diberi.

4. Dapatkanlah Charting software1 dan data harga yang terbaik.

Kamu boleh mendapatkan charting software1 yang baik yang diberikan oleh pembrokeran dagangan anda jika menggunakan platform perdagangan mereka. Tidak semua brokers menyediakan data harga yang baik. Malah beberape menyediakan data harga yang tidak lengkap.

Jenis Charting software1
• Dapatkan satu yang disediakan oleh platform trading yang anda gunakan.
• Jika trading platform dagangan anda tidak menyediakan, ada banyak perisian yang canggih dan data percuma untuk dimuat-turunkan yang boleh digunakan.
• Mereka harus merangkumi sebahagian besar kajian teknikal dan membolehkan anda untuk menyimpan baris-baris dan garis tren anda.
• Oleh kerana perdagangan FX berlaku secara langsung (Over-the-counter) dan spread2 yang berbeza, dapatkan sumber data harga tawaran yang paling terdekat dengan platform trading anda.
• Pilihlah software yang praktikal. Software yang bagus memberi anda kebebasan untuk menukar carta harga dengan cepat dan tidak memperlambat komputer anda.

5. Pelajari analisis pasaran fundamental

Mendalamkan pengetahuan anda dengan berita ekonomi dan memahami implikasi mereka untuk FX. Pembaca yang mungkin memahami ekonomi mungkin tidak memahami dengan sepenuhnya terhadap kesan pergerakan mata wang. Itu kerana sebagai peniaga, banyak daripada kita tidak menerima maklumat yang kukuh. Selain itu, pasaran meluruh ke hadapan, iaitu mereka yang menjangka dan bergerak dihapadan peristiwa supaya pasaran tidak bertindak balas lagi ketika berita benar-benar kelaku.

Saya tahu bahawa terdapat dua jenis pelabur. Spekulasi dan pelabur yang mengelak berita.

Pelabur yang spekulasi menggunakan pengumuman berita berharap bahawa harga akan bertindak tegas dalam arah yang menguntungkan. Walaupun ia seperti taruhan, tetapi terdapat beberapa teknik yang terlibat. Untuk lebih menguntungkan dalam jangka panjang spekulator harus mengikuti beberapa peraturan, termasuk mengurankan risiko seandainya spekulasi yang dibuat, salah. Pelabur yang mengelak berita pulak menggunakan beberapa jenis strategi tampah dipengaruhi oleh berita. Gerakan tiba-tiba tidak dialu-alukan. Jadi tidak ada berita ertinya berita baik untuk mereka.

6. Dapatilah Kalendar yang baik

Tidak kira jika anda gemar mengunakan atau mengelakkan berita, kalendar perdagangan sangat diperlukan. Kalendar yang baik mempunyai berikut:

• Mengandungi senarai lengkap peristiwa berulang seperti FOMC (Federal Open Market Committee) pertemuan, pengumuman duit bunga, ‘Option’ dan bakal tarikh ‘Futures’(pasaran hadapan) .
• Merangkumi acara-acara yang tidak berulang seperti pembicara oleh orang-orang berpengaruh pada masa yang tepat.
• Sertakan lagenda sederhana atau buku manual yang menggambarkan pentingnya sebuah berita untuk pasangan mata wang, link ke sumber berita dan waktu pengumuman yang tepat
• Kalendar canggih mengalahkan yang kalendar yang lain dengan mengadakan beberapa fungsi tapisan. Mereka mungkin menukar waktu siaran berita ke waktu tempatan.

7. Dapatkan demo account yang membolehkan anda berlabur dengan wang virtual.

Ini adalah tempat di mana kita cuba perdaganan FX secara praktical. Kita harus menempatkan pengetahuan kita untuk aplikasi. Pada tahap ini, dua perkara akan anda fikirkan: apakah platform demo yang baik dan apakah harus ada anda lakukan?

Beberapa ciri penting:
• Anda mungkin ingin cuba beberapa demo akaun, jadi pendaftaran ada harus lah sederhana sahaja. Anda tidak mau memberikan data peribadi anda setiap kali anda mendaftarkan akaun. Oleh itu nama anda, nombor telefon dan alamat email sudah memadai.
• Sebuah demo akaun mesti mempunyai kefungsian yang sama seperti akaun trading wang tunai. Realisme adalah penting. Ini adalah tempat untuk mempersiapkan anda melabur yang sebenarnya nanti.
• Dapatkan demo akaun yang memberi anda cukup masa untuk berlatih. Pertimbangkan masa yang dan berkerja menuju ke masa yang ditetapkan. Enam bulan sehingga setahun adalah cukup masa yang baik. Berlatih selama yang anda dapat tanpa tekanan untuk menggunakan wang tunai.

Apakah yang harus anda lakukan?
• Memanfaatkan semua fungsi sehingga anda boleh menempah dan mencari maklumat dengan mudah.
• Perdaganan FX adalah pelabuhan yang canggih dan mempunyai lebih banyak fungsi dari akaun saham yang kita dapati disini. Mengetahui arahan pengurusan risiko dan tahap kerugian kerana anda perlu menggabungkan ke dalam perlabuhan anda.
• Ramai pelabur akan mengingati kesalahan yang mudah seperti membeli atau menjual pasangan mata wang yang salah atau bahkan menempatkan kuantiti yang salah. Kesalahan ini boleh anda lakukan di demo akaun anda dan bukan akaun wang tunai.

8. Mengguna strategies di akaun demo anda

Anda harus menggunakan strategies analisis teknikal atau analisis fundamental atau kedua-duanya. Anda tidak boleh berlabur atas pengaruh orang lain kerana pasaran FX adalah pasaran yang cair dan situasi boleh berubah dengan pantas. Sebuah aspek penting perdaganan FX adalah suatu pengurusan risiko dan mengurangkan atau memotong kerugian (stop loss). Oleh Kerena kegunna leverage yang tinggih, pelabur tidak harus bertahan kepada kedudukan yang merugikan dan tidak boleh merata-rata.

Meningkatkan dan memperbaiki strategi anda sehingga anda meraih keuntungan secara konsisten. Anda harus benar-benar memahami mekanisma kejayaan sehingga mereka boleh diulangi. Alasan kegagalan harus dielakkan. Kadang – kadang anda perlu memberhentikan strategi anda secara meyeluruh dan bermula semula.

9. Berlabur sebanyak yang boleh.

Semakin banyak kita berlabur, semakin banyak kita pelajari. Situasi terus muncul dan mencabar pengetahuan kita. Kita meyedari bahawa pemaham kita tidak sedalam yang dijankakan. Belajar mengenali harga setup dan kegiatan yang berkenaan dengannya. Berlabur berdasarkan strategi yang anda pilih sehingga anda boleh menggukan secara konsisten.

10. Pilih trading platform yang bagus.

Akaun wang harus sesuai dengan beberapa kriteria:
• Tiada Brokerages harus bersaing dengan anda.
• Dana anda harus diasingkan daripada dana broker. Jika broker anda menjadi muflis, anda tetap boleh mendapatkan wang anda kembali.
• Para brokerages harus ditetapkan; broker di Singapura harus sesuai dengan MAS sementara broker di luar negri harus sesuai dengan beberapa peraturan yang ada. Lungsuri senarai institusi-institusi kewangan di lelaman MAS (http://www.mas.gov.sg/fi_directory/index.html) untuk menyemak jika broker terhap di Singapura adalah ditetapkan.
• Perdagangan spread2 yang rendah dan minimum ataupun tidak ada yuran langsung.

Pelabur baru harus mengingati fakta penting ini: Brokerages yang menawarkan dagangan FX di Singapura menyediakan perkhidmatan yang berbeda. Syarat dan kondisi yang mereka tawarkan berbeza. Anda tidak harus mengambil perkhidmatan dan syarat – syarat yang berbeza in sambil lewa kerana tiada satu brokerage yang sama. Pastikan bahawa anda berbicara dengan seorang wakil perdagangan untuk membincangkan lebih telit.

Soh Tiong Hum adalah seorang pengarah di Terraseeds Market Technician Pte Ltd. Dia bekerja bersama pelatih untuk mengembangkan pembelajaran analisa teknikal. Dia boleh dihubungi di paperandpencil[at]terraseeds.com.

Terjemahkan oleh: Mardiah

  1. Charting software: Terminal pengguna untuk membaca carta harga
  2. Spread: Perbezaan harga beli dan jual.

English version is available here at ArticlesBase

English version in PDF format is available here for download (requires registration)

Tell A Friend
  1. (required)
  2. (valid email required)
  3. (required)
  4. (valid email required)
 

cforms contact form by delicious:days


Upcoming Events